Wednesday, April 21, 2010

AKU TAK TAHU

Salam

Aku kalau waktu opis hour ni susah sikit la nak buka blog, sbb aku jarang duduk mengadap pc sendiri tapi banyak mengadap pc orang. Kerja aku ni macam org IT juga la. Tu pasal aku jarang buat entri weekdays. Malam pulak aku banyak nak edit gambo customer. Kadang aku cuba jugak tapi aku blank nak buat entri apa. Kene belajar dengan wife aku la nampaknya.

Monday, April 19, 2010

AKU INGIN DIJELAJAH OLEH BEN ASHAARI




Mata masih segar bugar pulak.. ok juga kalo aku buat 1 entri kan!.. hehehe.. 1st time ni aku berblogging di tengah malam.. 

Fikir punyer fikir.. aku nak juga la join segmen di jelajah oleh bro Ben Ashaari tu.. Bukan apa, blog aku ni masih sangat baru, aku perlukan idea dier mengenai blog aku ni.. Aku memang tak pandai sangat nak berceloteh.. sbb aku jenis orang yang suka bercakap face to face.. tapi ya la.. nama pun blog kan!.. di alam maya gitu.. Jd aku kena bayangkan yg penulisan & entri aku ni aku sedang berhadapan dengan org sekeliling. Tapi tu la, aku tak banyak masa nak menjelajah ke blog2 otai & blog yg dah  tumbuh bak cendawan skrg ni. Tapi aku kena berusaha ke arah itu. Kalau tak sampai bila2 la org tak tahu blog aku ni..huhu

>> Aku nak sangat Bro Ben Ashaari tu Jelajah ke sini, Masukkan la aku dalam List NEWBIE nye tu.. Ye la, blog aku ni tersangat la baru. Harap bro Ben Ashaari, sudi bagi pendapat dia mengenai blog aku yang suam2 kuku ni.  

>> Aku tahu blog bro Ben Ashaari ni dari blog NI. Blog wife aku la.. hehehe..

>> Blog aku ni simple je. Blog mengenai dunia photography sbb aku merupakan seorang photographer (part time) di waktu weekend jer la.. Tapi, di weekdays, aku bekerja di ofis macam orang lain juga. Memang masa aku terhad, tapi aku perlu kembangkan kerjaya part time aku melalui blog ni juga. Aku mula berminat dengan dunia blogger nie sejak tengok blog wife aku tu. Jadi aku macam seronok pula. Itu sebab aku wujudkan blog ni untuk berkongsi pengalaman aku menggabadikan detik2 bersejarah pengantin baru yang sudi menggunakan khidmat aku.

Alamak, tetiba aku rasa aku terlebih pula berceloteh.. aku stop kat sini dulu.

Harap Bro Ben Ashaari sudi lah jelajah ke sini.Thanks!!

 

Sunday, April 18, 2010

Masih Lagi Dengan Gambar Zuraida & Hafiz

Salam..

Bile di amati semula gambar2 yg di edit menggunakan photoscape, rasenye kurang jelas & tak nampak sangat perjalanan Majlis. Jadi, aku rasa nak letak sekeping2 la utk entri akan datang.. lebih senang nak tengok rasanya. 

Entri ni masih gambar2 pengantin baru Zuraida & Hafiz nie.. Tapi yg ini adalah gambar 8x12 yang maner telah di edit menggunakan photoshop. Gambar nya simple saje.. sbb pengantin ni cuma ambil pakej per roll.. Kalau ambil pakej story board akan lebih banyak yg di edit dan lebih special la gambarnya.. Nanti aku masukkan contoh or sample2 pakej yg ada dalam servies aku sediakan.

Detik Indah Zuraida & Hafiz


Langkah Seiringan

Permata Buat Isteri


p/s: Ni antara contoh editing, Gambar2 di edit mengikut pakej seperti keterangan diatas.  


##########################################


Gambar bawah nie adalah Mock up or Sticky Album yang mana semua customer akan dapat Album macam ni walaupun mereka memilih pakej yg paling rendah. Aku tidak lagi menyediakan Album biasa yang siap utk dimasukkan gambar, tapi semua Album adalah design yg telah aku edit cthnya seperti di bawah ni. Jd, nampak lebih menarik bukan!..hehehe

Pandangan dari belakang Album


Aku pilih gambar ni sebagai mock up Album mereka


p/s: Nanti akan akan masukkan sample2 Album di sini utk senang dirujuk. 

Saturday, April 17, 2010

Di Majlis Persandingan Zuraida & Hafiz

Sekarang nak publish pula gambar2 pengantin di hari Persandingan mereka ni yang di adakan di Dewan Komuniti Pantai Hill Park pada 10.April 2010. Bagi Aku Dewan ni Cantik & Persekitarannya juga sesuai untuk buat outdoor photography. 

Pengantin yang sama cantik, sama padan atau pun Secocok lah! Pada hari tersebut mereka bertemakan color pink!.. Sejuk dan cantik colornya.. Jom la kita lihat gambarnya.

Ketibaan pengantin, si isteri (zuraida) menyambut kedatangan si suami (Hafiz).


Pelamin yg cantik. Pelamin ni dipenuhi bunga2 segar yang dihias oleh Nas Andam yg merangkap juru Make Up pengantin juga


Pengantin yg tersenyum indah di pelaminan


Bergambar kenangan bersama keluarga & sahabat handai


Sesi Makan Beradab


Acara Potong kek


Posing Di Depan Pelamin


Disekitar Dewan Tempat Majlis Persandingan


Masih Disekitar Dewan Komuniti, Pantai Hill Park, Bangsar.


P/S: Gambar2 terlalu banyak sebenarnya. Ini saja yang sempat di masukkan ke sini.



Hantaran Pengantin Hafiz & Zuraida


Ok kali nak publish hantaran dr Pengantin Perampuan & Lelaki Pula

Hantaran Dari Pihak Pengantin Perempuan (zuraida)
Ada 9 Semuanya

&

Hantaran Dari Pihak Pengantin Lelaki (Hafiz)
Ada 7 semuanya

Friday, April 16, 2010

SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN HAFIZ DAN ZURAIDA

Salam

Aku cuma nak kongsi picture sahaja.. sbb aku tak pandai nak celoteh.. So, korang tengok aje la gambar sekitar majlis pernikahan Hafiz & Zuraida ni pada 9 April 2010



Alhamdulillah.. Akhirnya Hafiz telah pun sah menjadi suami kepada zuraida. Amin.. Semoga Berkekalan Ke Akhir Hayat.




Ops!.. aku dah salah susun gambar la pulak.. sepatutnya.. yg ni kedudukannya di nombor 1.. tp tak apa lah. Korang buat2 paham aje la..hehe



Bergambar bersama keluarga pulak!.. Semua org sedang bergembira ketika ni..

Saturday, April 3, 2010

Siapakah Ini? Mrmmm..

Salam..

Memandangkan keadaan yg agak bz.. just nak update & publish picture anak teruna masa baby. Sekarang dah 1 tahun 9 bulan.. Comel kan!.. Ensem macam aku.. hahahahhahaha..Kalau tak percaya cuba tengok gambor last tu.

Masa nie umur Irfan baru 19 hari..

V
V
V
V
V
V

Betul kan!.. hensem macam aku.!!! hahahahhaha.. :P